Gila..!! Tak Puas 8 Kali Sehari Dengan Isteri, Lelaki Turut Rogol Dua Anak Perempuannya.

Medan:Tak cukup 8 kali sehari puaskan nafsu dengan isteri, seorang lelaki yang mengalami kelainan seks juga turut merogol dua anak tirinya hingga mengalami demam tinggi sejak 26 april lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Ahmad 48 tahun diketahui bekerja sebagai penjual cili.

Supaya perbuatan terkutuknya tidak diketahui, mangsa yang berusia 12 tahun manakala adiknya 7 tahun itu di ugut akan di bunuh jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Temberang Ibrahim Ahmad terbongkar selepas kedua orang anaknya mengalami masalah kesihatan, wajahnya pucat dan demam akibat ketakutan akan di bunuh oleh suspek.

Melihat perubahan kedua-dua anaknya, ibu mangsa Ripka membawa kedua anaknya ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas mengetahui kedua anaknya adalah mangsa rogol suami, ibu kepada tiga anak itu terus melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki kelainan seks, menurut ibu mangsa kadang-kadang sehari suaminya itu akan memaksanya utuk bersetubuh sebanyak 5 ke 8 kali sehari.

Bagaimanapun pihak polis yang berjaya menahan suspek,masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

sumber

Viral…!!! (Video) Wanita Buat Video Smule Sambil Lakukan Adegan Panas DICARI…!!!

Smule ni adalah satu aplikasi untuk karaoke secara online yang dah semakin menjadi-jadi dikalangan orang sekarang ni, betul tak?? Tak kira yang muda atau tua, ramai yang dok buat video Smule tu.. Setiap hari di laman sosial tu, penuh jer dengan lambakan video Smule yang dimuat naik..

Di situ korang dah boleh nampak ‘bakat’ dorang yang cuba test suara, sampaikan ada seorang lelaki yang dikenali sebagai Khai Bahar telah popular dan menarik perhatian netizen di Malaysia dan juga Indonesia kerana kemerduan suaranya.. Suara dia memang mantap, cair jer dengar! Hihhii..

Tapi Miss bukan nak cerita pasal Khai tu lah, ni masalahnya ada seorang wanita dari Indonesia telah bikin panas buat video Smule.. Korang nak tahu apa yang dilakukan minah tu?? Minah tu dikatakan menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Banyuwangi’ sambil melakukan adegan panas.. Biadap,kan??

Dek kerana itu jugalah ia telah menimbulkan kemarahan warga Banyuwangi kerana perbuatannya tu telah dianggap menghina warga Banyuwangi.. Mana tak nya, sampaikan seorang lelaki menawarkan 1 juta rupiah (RM300) bagi siapa yang dapat memberikan maklumat mengenai minah tu..

Bengong betoii minah tu dengan pasangannya, dorang patut dihukum rejam sampai mati jer! Harap lepas ni jangan ada yang ikut cara minah tu sudah lah yer, takut lepas ni Smule tu diharamkan pulak! –

Seketika dahulu, pemilik akaun pada Instragram dihebohkan tentang video sepasang remaja berkelakuan nakal berkaraoke menggunakan aplikasi Smule.

Dalam video nampak jelas mereka tidak mengenakan pakaian sedang baring berpelukkan sambil mendendangkan lagu Malaysia “Memori Berkasih”.

Tubuh mereka masih dibalut selimut.

Tetapi, siapakah remaja ini?

Dari mana asal mereka?

Video mereka dikongsi oleh pemilik akun @bala.cabe pada Instagram, lalu di-repost akun @lambe_turah, memang tak disebutkan identiti mereka hingga nitizen membongkar siapakah mereka sebenarnya.

Video ini sungguh memalukan mereka berdua dan juga keluarganya.

Namun akhirnya identiti mereka terbongkar.

Identiti mereka terungkap setelah netizen ramai-ramai mem-bully-nya.

Setelah Identiti mereka terbongkar, mereka berdua membuat permohonan maaf melalui akaun pada Facebook oleh si perempuan dan Instagram oleh si lelaki. saksikan video mereka dibawah ini.

sumber

Seorang Wanita Menanggalkan Pakaiannya Di Dalam Sebuah Mall Selepas Bekas Suaminya Meminta Ini…!!!

Siapa yang suka bertembung dengan bekas kekasih di tempat awam? Tambahan pula jikalau mereka berpisah dengan cara yang tidak baik. Bertemu dengan bekas kekasih adalah perkara yang patut elakkan!

Namun bagi seorang wanita di China ini, sebuah video mengenai dirinya bertembung dengan bekas suami di sebuah pusat membeli belah dekat Wuxi, Jiangsu telah viral di media sosial.

Menurut Shanghaiist, si bekas suami telah menegur bekas isterinya dan memulakan pergaduhan di antara mereka berdua. Dia secara tiba-tiba menampar wajah wanita tersebut dan berkata, “Aku yang belikan telefon itu untuk kau!

Bengang dengan kata-kata dari bekas suaminya, wanita tersebut bertindak mencampak telefonnya ke lantai sebagai cara biadap untuk mengembalikan telefon tersebut kepada lelaki itu.

Tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya tadi, bekas suami wanita itu menyambung, “Baju yang kau pakai itu pun aku yang belikan!”

Sebagai respon kepada kata-kata lelaki itu, tak semena-mena si bekas isteri mula menanggalkan pakaian yang dipakainya untuk mengembalikan baju tersebut kepada bekas suami. Gilalah!

Rakaman video tersebut telah menarik perhatian netizen di China yang menunjukkan imej wanita berkenaan menanggalkan pakaian di tengah-tengah pusat membeli belah sambil disaksikan bekas suami dan orang lalu lalang yang terkejut dengan tindakan melulu wanita itu. Tak tahu malu betul!

Bekas suami wanita itu telah cuba untuk menahan wanita tersebut dari menanggalkan pakaiannya, namun usahanya gagal apabila rakaman video tersebut menunjukkan wanita berkenaan sedang menunggu di lif dalam keadaan tanpa pakaian.

Beberapa orang wanita lain yang sedar akan keadaan wanita malang itu cepat-cepat melindunginya dari pandangan orang ramai dengan memakaikan jaket ke tubuhnya.

Agak-agaklah kalau nak bergaduh dekat tempat awam macam ni. Sampai nak tanggal baju pulak tu! Harap tak ada yang tiru. Malu orang ramai tengok.

sumber

(Video) Masih Ingatkah Lagi Dengan Kisah Budak Tahfiz Dalam Penjara Suatu Ketika Dahulu…? Inilah Keadaan Beliau Sekarang Sungguh Tak Disangka…!!!

Masih ingatkan anda semua dengan video yang menjadi viral pada bulan Ramadhan 2014 yang mana seorang budak lelaki berseluar lokap sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan suara yang begitu merdu? Ikuti kisah yang diceritakan oleh Abdul Latip Talib

Video yang menjadi viral :-

Saya pernah di hukum penjara di Malaysia selama 6 bulan kerana memiliki pasport yang telah tamat tempohnya. Demikian kata Imam Muda Kemboja ini yang saya temui semasa menghantar bantuan ke Kemboja.

Bagaimana dengan layanan yang tuan terima semasa dalam penjara? Tanya saya pula. Jawabnya, Alhamdulillah kerana saya pandai membaca al Quran dan ada sedikit ilmu agama maka saya disuruh mengajar para banduan dengan ilmu agama, begitu ceritanya.

Berita mengenai anak muda ini yang menghabiskan masa selama dalam penjara dengan membaca al Quran dan mengajar banduan ilmu agama pernah tersiar.

Menurutnya lagi beliau balik ke kemboja kerana ayah dan ibunya sudah uzur dan sakit. Bercita-cita mahu datang ke Malaysia lagi kerana beliau pernah menjadi imam di masjid Petaling.

Sebelum kami berpisah anak muda suara merdu apabila membaca al Quran dan fasih bercakap Melayu itu berbisik pada saya, saya malu tapi saya terpaksa, sekarang saya tidak ada kerja menjaga ayah dan ibu yang sakit. Mereka perlukan makanan dan perubatan.

Kami doakan semoga kesusahan anak ini diringankan….amin..

sumber

Panas…!!! Anak Selebriti Popular Tempatan Dengan Selamba Beraksi Seperti Ini…!!!

Umum mengetahui bahawa Sofea Jane mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Arissa, Khadeja serta Soraya. Katanya yang beraksi memakai bikini didalam gambar berkenaan adalah Arissa dan juga Khadeja.Walaupun ramai yang sudah sedia maklum gaya kehidupan sosial anak-anak kepada pelakon tersebut, ia ternyata sedikit memalukan apabila kita melihat anak melayu yang sudah tentu beragama Islam berpakaian sedemikian.Di negara kita sekarang, semakin ramai artis wanita melayu yang beranggapan pemakaian bikini adalah merupakan satu perkara biasa didalam hidup. Tak mustahil suatu hari nanti bikini akan menjadi “pakaian rasmi” wanita melayu jika mahu bersantai di tepi kolam renang ataupun pantai..Memanglah ramai yang akan tertarik jika wanita memakai pakaian “hampir bogel” itu.., khususnya lelaki. Tetapi apakah dengan memakai bikini, ia akan dapat menaikkan darjat seseorang wanita dimata umum?

Hak pemakaian sememangnya hak masing-masing.., tetapi diharap wanita melayu/Islam jangan pula merosakkan imej agama dengan menegakkan kononnya hak pemakaian mereka.

Anak Sofea Jane Beraksi Berani Di Instagram?

Nama Arissa Meor mungkin kurang dikenali, namun dia pernah mendapat perhatian beberapa tahun yang lalu disebabkan aksi-aksi beraninya melalui akaun Instagram miliknya.

Malah, kelibat wanita ini turut dikatakan sebagai anak kepada pelakon Sofea Jane. Makanya, tidak mengejutkan wanita ini menjadi perhatian netizen.

Gambar terbaharu Arissa, kali ini mendapat perhatian blogger hiburan, Miss Kepoh menerusi akan Instagram miliknya. Gambar yang menunjukkan ‘aksi berani’ itu nampaknya ia juga mengundang kritikan dan kecaman di kalangan netizen.

Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda

PELAKON Nabila Huda menasihati bintang baharu agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan populariti yang mereka kecapi.

Nabila, 33, berkata dia sudah melalui zaman ‘jatuh bangun’ sebagai anak seni dan berharap mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

“Saya bermula dari bawah untuk sampai ke tahap ini dan melalui perjalanan berliku sebagai anak seni.

Nabila mengakui pengalaman mampu mematangkan setiap pelakon. Foto: THE STAR/ CHAN TAK KONG.

“Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah.

“Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai,” katanya kepada mStar Online.

Nabila ditemui pada tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes eCurve di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain Nabila Huda, filem tersebut turut dibintangi oleh Ajak Shiro, Reen Rahim, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.

Filem arahan pengarah Silver dan diterbitkan oleh Suhan Movies itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 November ini.

Nabila Huda bersama barisan pelakon filem Rempit Sampai Langit.

Sementara itu, Nabila mendedahkan ada juga pelakon baharu meminta dia berkongsi ilmu tentang industri.

“Ada yang bertanya kepada saya mengenai ilmu lakonan dan berminat untuk mengetahui tentang industri seni.

“Cara itu saya suka sebab kita boleh berkongsi pandangan dan idea,” katanya.

Nabila puas hati kerana sudah berjaya membawa pelbagai watak dalam drama dan filem. Foto: THE STAR/ IBRAHIM MOHTAR.

Menyebut mengenai karier lakonan, Nabila berkata dia mahu berehat sebentar daripada menerima tawaran drama yang memerlukan penggambaran yang panjang.

Pelakon filem Munafik ini mengakui keletihan selepas menjayakan drama 100 episod berjudul Dendam Aurora.

“Habis sahaja shooting drama tersebut, saya fikir nak berehat dahulu daripada mengambil tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen masa yang panjang.

“Alhamdulillah, penggambaran sudah selesai dan sekarang nak bercuti bersama keluarga dulu,” katanya.

sumber

Kentut VAGINA.!! Wanita Jangan Malu.! Wanita Berkahwin Perlu Faham Penjelasan Doktor Ini..!!

Kentut Vagina! Wanita Jangan Malu! Wanita Berkahwin Perlu Faham Penjelasan Doktor Ini..!Bunyinya macam lucu, ada juga yang malu nak menyebutnya. Tapi malu ke, segan ke, kita orang perempuan kena tahu tentang perkara ni.

Sebab, ia masalah biasa dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin. Jangan tak mengaku!

Itulah pasalnya VK tekankan wanita wajib tahu mengenainya. Supaya kita faham dan tidak terkeliru dengan penjelasan dari mereka bukan pakar yang mungkin menakutkan kita tentang kentut vagina sedangkan ia adalah perkara normal buat wanita.

Penjelasan tentang kentut vagina ini dibuat oleh Dr Erna Nadia yang VK petik dari Facebook beliau.

Kita selalu dimomokkan dengan ayat begini:

‘ Bahaya tau kentut vagina ni, nanti suami lari’

‘ Kentut vagina ini boleh batalkan solat’

‘ Habislah kau dah ada kentut vagina, dah tak umph dah la’

Hurm macam macam ayat penjual nak menakutkan wanita wanita kita.

Kentut vagina adalah angin yang dibebaskan keluar daripada faraj.

Ianya berbunyi seakan kentut dari anus tetapi ianya tidak berbau.

Kenapa berlaku

Dua sebab kenapa berlaku kentut vagina:
1. Udara normal yang berada di dalam faraj.
2. Udara yang datang daripada usus. Ini adalah penyakit dan berlaku bila seseorang ada fistula ( bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj). Dan ini tentu tentulah mempunyai bau.

Jika faraj wanita dijangkiti kuman, ianya tidak akan menyebabkan kentut vagina.

Perlu diketahui bahawa faraj kita mempunyai ruang dan terisi oleh udara di dalamnya. Faraj adalah elastik dan fleksibel. Ianya boleh mengembang dan mengencup kerana ianya terbentuk daripada otot.

Jadi, kenapa berlakunya kentut vagina?
1. Hubungan seksual ( posisi yang tidak betul)
2. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti penis, jari, tampon, douche atau bahan lain.
3. Bersenam
4. Mengandung atau menopause
5. Pernah melahirkan anak
6. Batuk yang kuat
7. Prosedur kesihatan seperti kolonoskopi atau melakukan pemeriksaan dengan memasukkan speculum.

Bila sesuatu dimasukkan ke dalam faraj, kandungan udara di dalamnya akan dibebaskan keluar. Kalau tidak, tekanan di dalamnya akan meningkat.Jadi, berlakulah kentut vagina.

Sama macam bersenam, mengandung, dan apa apa prosedur, ianya mengubah kandungan udara di dalam faraj. Sistem badan sudah dicipta hebat oleh Allah SWT, sebab tu udara itu akan dilepaskan.

Bahaya atau tidak?
Jadi, adakah kentut vagina bahaya? TIDAK!

Melainkan jika anda apa penyakit fistula seperti yang disebutkan di atas, perlu lakukan pembedahan.

Atau jika anda berasa sakit/ada darah semasa kentut vagina, terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Adakah kentut vagina disebabkan otot rahim yang lemah? Jika anda sudah pernah melakukan hubungan seksual, pernah melahirkan anak, otot rahim mungkin akan lemah sedikit tapi tidak merbahaya.

Jika anda sudah menopause dan berusia, otot rahim juga akan lemah sedikit. Fikir logik, faraj anda adalah otot. Otot menjadi sedikit lemah dengan meningkatnya usia kita.

Apa perlu wanita buat
Jadi, apa yang perlu diamalkan untuk kuatkan otot rahim?

Senaman kegel
Kemut otot di sekeliling faraj selama 10 saat kemudian rehat 10 saat. Buatlah 10 kali setiap sesi. 1-3 sesi setiap hari.
Saya pernah ajar tentang senaman ini di posting meruang.

Apa yang perlu dibuat untuk elakkan kentut vagina?
1. Senaman kegel untuk kuatkan otot.
2. Ubah posisi sewaktu hubungan seksual/ bersenam.
3. Pessary.
Sejenis alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Ianya masih boleh menyebabkan udara masuk cuma akan menghalang bunyi sahaja.

Adakah kentut vagina membatalkan wuduk?

Jika ikut mazhab Syafie dan Hanbali, keluarnya angin dari qubul ( faraj) adalah membatalkan wuduk. Jika ikut mazhab Hanafi dan Maliki, ianya tidak membatalkan wuduk. Kita ikut mazhab Syafie kan? Jadi, batal wuduk.

Tapi tak perlu gusar. Kentut vagina ni bukanlah selalu terjadi pun. Jika anda ragu ragu, terus sahaja ambil wuduk sekali lagi.

Kesimpulannya, kentut vagina adalah NORMAL. Melainkan jika ada anda penyakit fistula.

Anak dara yang tidak pernah melakukan hubungan seksual biasanya tidak akan mengalami kentut vagina.

Berjumpalah doktor jika kentut vagina anda sakit atau mengeluarkan bau.

Tidak perlu jamu/perapat/maskers/douche/meruang untuk kentut vagina. Benda ni semua akan mengundang kentut vagina dan jangkitan kuman sahaja.

Yang penting, jaga kebersihan dengan betul. Bersenam dan jaga makan.

sumber

Fuhhh…!!! (7 Gambar) Koleksi Sejarah Hitam Artis Malaysia Yang Kantoi Di Laman Sosial..!!

Masihkah korang ingat siapakah antara artis-artis di Malaysia ini yang pernah kantoi tanpa seurat benang??? Tak ingat? Ok, marilah kami recall nama-nama artis Malaysia yang pernah kantoi tanpa seurat benang. Sekadar berkongsi cerita lama dan jadikan teladan berjaga-jaga jangan dijadikan mangsa atau mangsa skodeng atau mangsa penipu….

Di awal tahun 90an dahulu, Zarina Zainudin telah buat satu Malaya terkejut dengan aksi-aksi berani beliau tanpa seurat benang di dalam sebuah rumah (mungkin rumah Zarina sendiri). Dikatakan sebanyak 300 keping gambar TANPA serurat benang Zarina dengan pelbagai aksi telah ditangkap (zaman tu, kamera pakai Kodak filem, takde yang auto).

Cerita gosipnya, Zarina ketika itu telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mengambil gambar Zarina dalam keadaan tanpa baju dan gambar tersebut tidak akan dihebahkan ke Malaysia. Disebabkan desakan duit dan terpesona dengan wang yang ditawarkan, Zarina akur untuk beraksi tanpa baju di depan kamera.

Ada juga sumber lain, menurut sumber tu, Zarina dikatakan telah diberi pil khayal oleh seseorang (jurufoto). Dalam keadaan stone, Zarina tidak sedar perbuatan yang dilakukannya. Ye laaaaa… dah stone!!! Mana nak sedar. Yang mana satu yang benar, ntah laaaa…..

hampir 10 tahun selepas kes Zarina Zainudin, belum ada lagi kes artis kantoi TANPA serurat benang. Hinggalah pada pertengahan tahun 2002, satu kes skodeng telah berlaku ke atas seorang model dan juga pelakon hot dan cun meletup iaitu Nasha Aziz.

Laporan kes ini ialah mengenai Nasha Aziz yang telah diintai oleh anak tuan punya rumah yang disewa oleh Nasha Aziz. Sebuah kamera video telah disembunyikan di dalam air cond di ruang tamu rumah Nasha Aziz. Khabarnya, segala perilaku Nasha telah diperhatikan oleh si anak tuan punya umah ni lebih dari 6 bulan. …Mak aiii!!!

Lepas je keluar isu tentang Nasha Aziz TANPA serurat benang ni, ramai benar kaum kerabat kami yang singgah ke Petaling Street nak beli cd skodeng Nasha ni. Sanggup wooo keluar RM20 semata-mata nak beli vcd skodeng Nasha ni. Last-last hampeh….. Kena tipu dengan tauke VCD tu. Owhhh…. Time 2002, internet tidak begitu digunakan secara berleluasa, time tu juga DVD belum wujud. Harga VCD cetak rompak ketika tu, dalam sekitar RM8 ke RM10. hehe..

Kemudian cerita Nasha Aziz senyap…

Pada tahun 2003 atau 2004, satu lagi kes artis kantoi TANPA serurat benang Kali ni, video panas Wan Norazlin pula.

Wan Norazlin dan suaminya (ketika video tu direkod, mereka belum status bersuami isteri) telah merakamkan adengan panas mereka di dalam rumah Wan Norazlin sendiri dan juga di rumah pasangan lelakinya juga.

Bukan setakat adengan ranjang saja yang dirakam, adengan di dalam bilik mandi pun turut dirakam. Sekali lagi yang menjadi kaya ialah taukeh kedai VCD cetak rompak. Kerana time tu, internet belum digunakan secara berleluasa seperti sekarang. Adengan ran-jang ini dikhabarkan telah sampai ke pihak ketiga apabila Wan Norazlin dan pasangannnya telah mengupah seseorang untuk mengedit video rakaman mereka. (eh ye ker??? Takkan laaaa!!!!! Takkan nak kasi kat orang aksi panas kita senang2 mcm tu ye tak?)…

Tamat isu Wan Norazlin…..

pada masa yang sama yang sama juga, isu gambar Linda Rafar dan Edrie Kru turut dipersoalkan apabila gambar TANPA serurat benang mereka dihebahkan di dalam internet. Ketika itu, ramai rakyat Malaysia sudah mengenali internet.

Gambar-gambar Edrie dan Linda ini dikatakan fake oleh anggota kumpulan KRU iaitu, Norman, Yusry dan Edrie sendiri.

Mereka menyatakan gambar ini adalah fake kerana ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan nama KRU serta Linda Rafar (yang ketika itu adalah anggota kumpulan Elite). Entah benar atau tidak, mereka berdua saja yang tau tentang gambar TANPA serurat benang tersebut…

Lama menyepi tentang isu TANPA serurat benang dalam industri ni… Tup tupppp!!!! Isu Ida Nerina pula dikatakan beraksi panas bersama pasangan. Tapi, bagi kami yang dah tengok video tu, sah memang sah, tu bukan Ida Nerina…

Walaupun ada proof yang menyatakan itu adalah Ida Nerina seperti tindik di pusat Ida Nerina, subang telinga dan rantai yang dipakai Ida Nerina, tetap kami nyatakan yang dalam video itu bukanlah Ida Nerina. Sebabnya Ida Nerina tak sebuncit seperti minah dalam video tu…….

Paling terbaru ak-si panas dan gambar serurat benang Zarina Ann Julie bersama teman lelaki dalam keadaan panas. Haiiihhhh…. Pelakon drama Anak Pontianak ini dikatakan terlalu bermasalah dengan imej dan akhlak…

Selain daripada itu, Zarina Ann Julie juga telah dicekup oleh polis di sebuah pusat hiburan malam kerana mengambil da-dah. Bila dah ambil da-dah, otak pun mereng. Segala tindak tanduk time tu, takkan sedar punya. Sedar-sedar esok hari, gambar serurat benang, gambar berasrama dah berada kat internet. Haaaa, ni la bahananya!!! OKBYE…

sumber

“Satu Malam Aku Tunggu Suami Sebab Tak Tahan Nak Minta Cerai Sampai Tertidur. Bila Terjaga Aku Nampak Suami Dalam Bilik Anak Perempuan..”

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami. Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan. Tiba-tiba Ding! Mesej masuk di Whatsapp. Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.

BERMULA PERKENALAN DENGAN SI DIA

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional.

Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

MULA TIMBUL RASA SAYANG

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status isteri orang. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

MULA BERGADUH DENGAN SUAMI

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu.

Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar.

Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

SI JANTUNG HATI MUNCUL

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai. Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

CUBA MENDENGAR BUALAN SUAMI DAN ANAK

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak.

Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja? Si ayah tersenyum menjawab, Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi.

Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak.

Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat.

Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?

Si anak mengangguk. Senyum. Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur? Si ayah menjawab ringkas, Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.

Macam mana tu, ayah?

Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak. Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya. Usap mata pula dan kata, Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan. Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?.

Si anaknya tersenyum.

Jadi, saya kena beritahu mata saya, Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!

Pandainya anak ayah! Si ayah mencium dahi anaknya.

Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin Baiklah. Jumpa malam esok pula.

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

Ayah sayang saya tak?

Ayahnya tersenyum.

Sayang sangat.

Sayang umi tak?

Ayahnya tersenyum lagi.

Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, ummimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

Awak ok ke?

Suami kaget seketika.

Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

Abang dah lama tahu Abang maafkan..

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya disekat.

Tak naktak nak..Saya nak abang seorang jeNak ke Syurga dengan abangbawa anak kita sama..

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

Jangan ulang lagiHargai abang..boleh?

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?

Tulusly, tak kisah!

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

Macam mana? Dah selesai?

Aku membalas ringkas mesej itu.

Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.

Mesej masuk lagi.

Tapi..tapikita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan..

Adaptasi Dari Kisah Benar

sumber

Wow..!!! Miliki Setem Tanpa Harga,, Kini Tuah Menyebelahinya… Setem Tersebut Telah Dijual Pada Harga Tak Masuk Akal..!!!

Mungkin ada dikalangan anda yang gemar mengumpul setem, mungkin hanya kerana untuk suka-suka kerana suka melihat kumpulan-kumpulan setem, dan siapa sangka bahawa mengumpul setem juga mampu memberi kekayaan kepada anda jika anda bernasib baik!

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta.

Sememangnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t dan tiada siapa pun yang tahu apa kesudahan hidup seseorang. Ini adalah salah satu terbukti bahawa rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t, dan hanya orang terpilih sahaja yang berhak menerima tuah sepeti ini.

Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik setem berkenaan, Mubarak Ali Rajak yang ketika itu baru berusia 15 tahun sedang melihat surat-surat yang diterima bapanya di kedai mereka di Kuantan, Pahang.

Kerana hobinya gemar mengumpul setem, Mubarak leka membelek setiap kepingan itu, akan tetapi dia terlihat sekeping surat daripada Bank Standard Chartered yang dikirim kepada bapanya.

Bila ditenung dan diperhatikan dengan teliti, Mubarak terkejut kerana setem di surat tersebut tidak tertera harga seperti mana setem yang lain.

Walaupun masih muda remaja ketika itu, Mubarak dapat merasakan setem berkenaan pasti akan menjadi satu ‘collector’ yang berharga suatu hari nanti.

Sangkaannya tidak meleset dan kini setelah 50 tahun berlalu, apa yang dirasakannya itu ternyata tepat!

Menurut Mubarak, keaslian dan keunikan setem ini telah diakui oleh Pos Malaysia sendiri dan juga telah disahkan tulin oleh The Royal Philatelic Society Of London, malah ia juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.

Mubarak juga bersedia ‘melepaskan’ setem kesayangannya itu jika ada pihak yang sanggup membelinya dengan harga RM5juta!

Jelas Mubarak, sebenarnya berlaku kesilapan dalam mencetak setem-setem berkenaan.

“Saya difahamkan syarikat yang mencetak setem tersebut iaitu Harrison And Son Limited di London, telah melakukan kesilapan hingga 100 keping setem yang sama dihasilkan mereka tidak mempunyai tanda harga. Apabila saya ke pejabat pos untuk membeli beberapa keping lagi setem yang sama, kerani itu memberitahu kesemua setem tersebut telah dibatalkan/dimusnahkan.

“Hanya sekeping setem yang ‘terlepas’ iaitu yang ada pada simpanan saya sekarang, sekali gus mencatat rekod satu-satunya setem di dunia yang tidak mempunyai tanda harga,” katanya.

Jelasnya, dia bukan sengaja mahu meletakkan harga yang tinggi itu, tetapi ia dibuat setelah penyelidikan dan mengkaji harga pasaran setem-setem yang unik seperti ini.

“Pergilah cari kat mana-mana tempat di dunia ini yang ada setem sebegini, tak ada. Hanya di Malaysia,” tambahnya.

sumber