Syukur..!! Pemberian ‘Hadiah’ Dari Allah….Walaupun Bibir Anak Sumbing.. – Lan Solo Tidak Malu..!!!

Tahniah, kami ucapkan buat pasangan Lan Solo dan isteri kerana telah menerima cahaya mata yang keempat pada 24 Februari 2018 lalu. Pasangan ini telah bernikah pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

 

 

 

Manakala anak bongsu bernama Nur Amna Quxandra dilahirkan di Rumpai Puteri Medical Centre. Walaupun, anak mereka ini sumbing di bibir Lan dan isteri bersyukur atas kurniaanNya. Beberapa foto dikongsi pada laman Instagram miliknya.

 

SUMBING BIBIR

 

 

 

Bayi dengan berat 2.5 kg ini sumbing bibir sahaja dan dinasihati doktor menjalani pembedahan apabila berat bayi mencecah 5 kg.

 

BAYI SIHAT

 

 

Pasangan ini juga tidak malu untuk berkongsi foto anak mereka di laman sosial. Malah, mereka bersyukur kesihatan bayi dalam keadaan sihat. Sumbing anaknya ini adalah ringan kerana tidak melibatkan lelangit dan hidung.

 

BELAJAR MEMAHAMI

 

 

Pasangan ini redha dan melihat hikmah disebalik anugerahNya. Mereka mula belajar dan kumpul ilmu mengenai masalah sumbing ini bagi memahami keistimewaan anak. Apapun, tahniah sekali lagi atas kelahiran anak keempat Lan Solo dan isteri.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *