Sedih..!!! “Saya Pernah KUTIP TIN Demi Mencari Duit..” Kisah Suka Duka Selebriti Sebelum Bergelar Artis, Rupanya Tak Semuanya Indah..!!

Kisah Suka Duka Selebriti Sebelum Bergelar Artis, Rupanya Tak Semuanya Indah..!!

 

 

Jep Sepahtu

 

Kerja terakhir saya adalah bersama Air Asia selama tiga tahun. Kalau saya jadi steward (pramugara) nanti orang tanya ni naik kapal ke feri sebab tu saya tak jadi steward, saya jadi pengangkat beg.

Sebelum tu saya bekerja di New Straits Times sebagai machine cleaner dan sebelum tu lagi saya pernah menjual kasut. Tapi, antara benda paling susah yang saya pernah lalui adalah apabila saya sampai ke satu tahap di mana saya mengumpul tin dan kemudian menjualnya. Selain itu, saya pernah juga memasukkan pamphlet ke dalam sampul surat dengan bayaran hanya RM0.01 sehelai.

 

Jika saya tidak menjadi seorang pelawak, sudah tentunya cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional sepenuh masa. Saya menyimpan hasrat untuk bermain dengan kelab negeri kelahiran saya iaitu JDT. Kalau pada level international pula, saya nak bermain dengan Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo!

 

Sebelum menyertai Raja Lawak, saya adalah seorang pekerja kilang Panasonic. Saya bekerja di situ dari seorang operator sehingga berjaya memegang jawatan supervisor. Selain itu, saya pernah memegang suatu jawatan iaitu sebagai seorang penyapu sampah di sebuah warehouse. Saya ditugaskan untuk menyapu sampah di pintu utama di mana lori akan keluar masuk. Walaupun kerja itu agak merbahaya dan mencabar, saya rasa saya antara pekerja yang paling hebat sebab tak sempat sampah jatuh ke simen, saya kutip dulu. Haha…

Pengalaman pahit saya pula, saya telah pergi ke ujibakat Raja Lawak sebanyak 3-4 kali tapi tak lepas. Akhirnya pada musim kelima saya berjaya hingga ke final. Tetapi ada satu benda yang saya kesalkan adalah adik saya tidak bersama saya hari ini. Mungkin rezekinya di tempat lain. Hari ini, saya adalah seorang announcer radio untuk Sinar FM.

 

Menjadi announcer radio ni adalah suatu pekerjaan yang paling seronok yang pernah saya buat sepanjang hidup saya. Saya digabungkan dengan dua orang rakan yang sangat serasi dengan saya iaitu Jep dan Syuib. Kalau korang nak tahu, kerja DJ ni antara pekerjaan yang saya paling tak sabar nak pergi kerja. Masa kerja kilang pula, saya ni antara pekerja yang paling tinggi MC. Hahaha!

Sama seperti Jep, saya pernah menyandang tugas sebagai pengangkat beg di Air Asia. Jep lah yang mengajak saya bekerja bersamanya. Sebelum tu saya juga pernah bekerja di kilang seperti Rahim, tapi kilang lain lah, di Pulau Pinang. Pengalaman bekerja di kilang boleh dikatakan yang paling teruk yang saya pernah lalui dalam hidup saya kerana saya pernah bekerja selama 12 jam dan hanya mendapat bayaran sebanyak RM16 sahaja.

 

Dulu pernah jugak pergi ke uji bakat Akademi Fantasia selama beberapa musim bersama Jep untuk menjadi artis. Tapi mungkin rezeki kami bukan di bidang nyanyian, saya dan Jep akhirnya memutuskan untuk menubuhkan kumpulan Sepah bersama Mamat dan hadir ke uji bakat Raja Lawak pada tahun 2009. The rest is history.

 

Bukan senang untuk menjadi senang, kesemuanya perlukan usaha, keberanian menghadapi risiko dan kebijaksanaan merancang strategi.

Lima selebriti wanita ini membuktikan usia bukan kayu pengukur kejayaan mereka menguasai bidang perniagaan.

Ada di antara mereka dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’, tetapi berkat usaha dan doa, mereka berjaya meletakkan nama dalam barisan ahli perniagaan yang wajar dicontohi.

 

Vivy Yusof dan Neelofa misalnya, usia mereka belum memasuki angka 30 tetapi cukup hebat dalam perniagaan sehingga berada dalam senarai ’30 Under 30’ yang dikeluarkan Forbes baru-baru ini.
Lebih membanggakan, hanya dua usahawan terkenal tempatan yang berjaya memasuki senarai itu.

 

Neelofa

 

 

Beauty with brain… Gambaran paling sesuai untuk Neelofa. Selain bidang pengacaraan dan jurucakap produk, hos MeleTOP yang pernah terlibat dalam filem Azura 2016 dan Pilot Cafe serta drama Suri Hati Mr Pilot ini kini lebih memberi fokus kepada bidang perniagaan di bawah label Naelofar Hijab.

Neelofa menggunakan populariti serta 4.6 juta followers di Instagram untuk membantunya memasarkan produk seperti hijab, kanta lekap, minyak wangi, pakaian muslimah dan aksesori di media sosial. Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta dan jenama ini terjual di 38 negara dan berjaya memasuki pasaran Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat.

 

Vivy Yusof

 

 

Ikon fesyen dan perniagaan yang mampu membuat setiap mata yang memandang terpukau dengan gayanya. Vivy, graduan undang-undang yang bermula sebagai blogger, nekad membuka Fashion Valet bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, pada tahun 2010 dengan modal RM100 ribu. Kini setelah hampir 7 tahun, Fashion Valet telah berkembang ke Singapura dan Indonesia dengan lebih 400 jenama berpayung di bawahnya.

Selain Fashion Valet, Vivy cukup terkenal dengan tudung premium dUCk dan aksesori, Strategi pemasaran dan kelainan yang ditampilkannya cukup bijak sehingga koleksi terbaru dUCk dinanti dan koleksi lama dicari.

 

Siti Nurhaliza

 

 

Beberapa tahun kebelakangan ini Dato’ Siti Nurhaliza mengurangkan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan yang diceburi. SimplySiti, bermula daripada set kelengkapan solekan kini telah diperluaskan dengan haruman dan set penjagaan kulit. Penyanyi nombor satu negara ini juga memberanikan diri menceburi bidang fesyen sehinggalah terhasilnya Creacion by Siti Nurhaliza.

 

Rozita Che Wan

 

 

Che Ta pernah melalui episod mendung dalam membesarkan dua anak lelakinya Aniq dan Ammar setelah bergelar ibu tunggal. Pelakon yang cukup terkenal dengan drama Kiah Pekasam, dan hos rancangan Primadona antara yang teruk dikecam netizen di laman sosial terutama Instagramnya yang mempunyai lebih 3 juta followers.

Setiap gerak laku Che Ta dikutuk termasuk percutian mewah ke luar negara dan hadiah kereta mewah yang diberikan kepada anaknya.

Namun, Che Ta bijak menggunakan platform yang sama dengan cara lebih positif sebagai medium memasarkan produknya.

Bermula dengan Padusi Couture yang menjual pelbagai jenis hijab dan jubah, Che Ta melangkah garang mengeluarkan set haruman dan penjagaan wanita di bawah nama ByRCW, Padusi Productions yang menerbitkan beberapa rancangan termasuk Resipi Memikat Suami dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas dan kini Zeta Cosmetics, mengambil tempat untuk memasarkan produk solekan.

 

Mila Jirin

 

 

Juara Akademi Fantasia 5 ini baru berusia 30 tahun tetapi telah berjaya menaikkan empayar perniagaannya termasuklah Bizmilla Catering yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Hall, Bizmilla Trading yang memasarkan Baju Kurung Milla, dan Restoran Embun Urai, menyajikan makanan ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong.

Sebelum merasai manisnya kejayaan, Mila pernah merasai kegagalan apabila perniagaannya di bawah Luvmilla Corporation yang mengeluarkan produk kecantikan LUVMILA gulung tikar akibat kekurangan dana operasi dan kelemahan dari sudut pengiklanan dan pemasaran.

Lihat sahaja lima selebriti wanita ini, mereka telah berjaya bergelar usahawan dikenali pada usia yang cukup muda. Strateginya? Menggunakan platform media sosial untuk promosi dan jualan produk.

 

Anda yang baru berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan sebagai mata pencarian tambahan, bolehlah menyertai kempen #YouCanDuit.

Sebuah kempen untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Lihat sahaja kemeriahan kempen pertama mereka tahun 2017 di Kedah pada 1 dan 2 April lalu.

Apa tunggu lagi, jom klik, klik dan dapat duit hari ini. Maklumat lanjut, layari laman web eRezeki dan eUsahawan.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *