Pengarah Jelas Adegan Ranjang Marsha & Wan Hanafi Su

Isu babak ranjang yang diselitkan dalam filem tempatan bukanlah satu isu baru. Sebelum ini terdapat beberapa filem pernah dikaitkan dengan kontroversi seperti ini, antaranya Mencari Cinta, lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli serta Sembunyi, lakonan Diana Danielle & Remy Ishak.

Namun begitu, setelah reda seketika mengenai kontroversi tersebut dalam industri filem, tiba-tiba muncul semula isu yang sama, apabila sebuah filem arahan Ismail Yaacob berjudul Laga, yang bakal menemui penonton pada Januari tahun hadapan turut menyelitkan adegan panas yang dilakonkan oleh pelakon otai, Wan Hanafi Su dan Marsha Milan Londoh.

 

 

Menerusi paparan trailer berdurasi 2.09 itu, dilihat Marsha dan Wan Hanafi sedang berada di atas katil dan seolah-olah mahu melakukan adegan intim. Pada ketika itu, Marsha hanya menyarungkan kain batik (berkemban) dan Wan Hanafi Su pula tidak memakai baju.

 

 

Adegan intim antara Marsha & Wan Hanafi Su

Bagi menjawab kontroversi adegan panas ini, sebagai pengarah, Ismail menafikan dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan kononnya adegan sedemikian sengaja diselitkan untuk melariskan filem arahannya.

Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.

Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.

Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri.

 

 

Sedutan trailer filem Laga

Dalam pada itu, Ismail turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa adegan telah disunting semula bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Jika ingin tahu sejauh mana adegan panas yang dilakonkan oleh Marsha dan Wan Hanafi Su, jom layan trailer filem Laga selepas ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *