Peminat Filem Bollywood Dikejutkan Dengan Berita Kematian PRIMADONA SRIDEVI.. Rata-Rata Peminat Dan Barisan Pelakon Bollywood Meratapi Pemergiannya..!!!

BINTANG ternama Bollywood, Sridevi Kapoor meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.

Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai.

Pemergian mengejut aktres berusia pertengahan 50an itu turut diratapi oleh semua peminat dan barisan pelakon Bollywood yang lain.

“Saya kehilangan kata-kata. Takziah untuk semua yang menyayangi beliau. Hari yang menyedihkan. RIP,” kata aktres Priyanka Chopra menerusi akaun Twitternya.

 

 

Sridevi atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayappan memulakan karier dalam bidang lakonan seawal usia empat tahun dan terus bertahan empat dekad selepas itu.

Sepanjang hayatnya, mendiang membintangi pelbagai filem pecah panggung termasuk Chandni, Mr India, Mawali, Tohfa dan Nagina.

Beliau dikurniakan anugerah Padma Shri, iaitu anugerah keempat tertinggi khusus untuk orang awam, hasil sumbangannya dalam industri perfileman India.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *